ASSALAMUALAIKUM?
.
SEBAGAI ORANG ISLAM...
.
Kenapa kita tak digalakkan keluar rumah pada MALAM JUMAAT?
Kenapa kita tak digalakkan untuk bersuka ria pada MALAM JUMAAT?
Kenapa kita digalakkan untuk pergi ke masjid pada MALAM JUMAAT?
.
DAN
.
Kenapa kita perlu membaca surah yasin pada MALAM JUMAAT?
.
Kerana pada malam jumaat adalah malam dimana roh-roh saudara mara kita yang telah pergi akan diberikan pelepasan oleh Allah SWT untuk mencari sedekah dari saudara mara mereka yang masih hidup sama ada di rumah atau di mana-mana saja tempat yang roh-roh itu ingin pergi. Jadi,tak kasihankah anda kepada saudara mara anda yang telah meninggal dunia itu? Mahukah anda melihat mereka balik ke alam barzakh dalam keadaan sedih dan hampa kerana tak dapat sedekah daripada anda?
.
MALAM JUMAAT bukanlah malam di mana hantu akan mengacau manusia seperti mana yang kita dengar selama ini. Hantu setiap hari ada dan akan mengganggu manusia tetapi perlulah anda ingat,hantu wujud difikiran kita saja,syaitan dan jin mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai makhluk yang selalu manusia bayang dan takutkan iaitu hantu.
.
Jangan biarkan jin dan syaitan berjaya memperdayakan anda semua.Hebat betul jin dan syaitan,menyesat dan menakutkan manusia dengan menyamar sebagai hantu sampaikan hantu pun ada nama yang diberikan sendiri oleh manusia,ada yang dipanggil pontianak,pocong,langsuir dan banyak lagilah.Wahai saudara maraku yang beragama islam,kuatkanlah iman anda supaya dapat melawan bisikan dan gangguan dari syaitan dan jin.
.
SELAIN ITU,
.
Sesiapa membaca Surah Yassin pada MALAM JUMAAT, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
.
AKHIR KATA DARI SAYA,
Janganlah terlalu pentingkan diri sendiri sampai lupakan saudara mara kita yang telah pergi meninggalkan di dunia ini buat selama-lamanya,jangan jadi kedekut untuk bersedekah,kalau malas sekali pun untuk baca surah yasin,sedekahkan Al Fatihah pun sudah memadai...
.
WASSALAM...
Thursday, July 22, 2010
ada apa pd mlm jumaat??
Posted in |
8:43 PM | by ibnusina09/10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saper tulis eaa??
insaf beto aku
haha
INSAF LA BAGOS...selamat dunia akhirat...
Post a Comment